Thursday, December 10, 2009

Assalamualaikum,
Pertama-tama saya ingin melahirkan rasa syukur kehadrat Allah Azawajjalla kerana setelah bertahun-tahun saya mengikuti perkembangan blogger maka pada hari ini saya mula berkesempatan memulakan blog ini.
Alhamdulillah setelah hampir 20 tahun meninggalkan dunia penulisan,cuma sekali sekala melepaskan gian dan kemarahan melalui tompangan blog kawan2 hari ini saya cuba memulakan blog sendiri atas sifat tidak lagi dapat membendung rasa terhadap berbagai kerenah dan humbanan penghinaan kepada bangsa melayu.
Pemilihan "Melayu Sg.Manek" saya buat adalah berlandaskan beberapa perkara penting yg pada hemat saya dapat membangkitkan semula semangat orang melayu khususnya keturunan melayu sg manek yg bertaburan merata rata di seluruh negara.
Perjuangan melayu sg manek sememangnya tercatat di tinta sejarah yg mana suatu masa dahulu pernah di takluk Bintang Tiga selama 13 hari.
Selama 13 hari itu sg manek telah bermandikan darah dgn kebangkitan pejuang2 melayu sehingga akhirnya berjaya mengalahkan Bintang Tiga yg akhirnya menempatkan 100 peratus penduduk sg manek terdiri dari orag2 melayu.
Itulah peristiwa penting yg sentiasa menjadi pengajaran dan ingatan serta pegangankepada anak jati sg manek yg merantau di segenap pelusuk negara.
Saya berdoa dan berharap dgn ujudnya blog ini saya dapat mengumpul semula seberapa ramai mungkin m ereka2 yg asal usulnya dari sg manek,agar kita dapat membangkitkan semula semangat datuk dan moyang kita agar melayu terus terbela hingga akhir dunia.
Kepada mereka2 ini saya harap sudi-sudikanlah menjenguk blog ini agar kita dapat mencari titik persamaan yg memang ada antara kita.
Ayuh din sanak,andikak usah guring lah
Salam hormat dari saya